Tuesday 13 August 2019

RPH Maharat Quran Tingkatan 1... Moga bermanfaat


RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN

Mata pelajaran
Maharat Al-Quran
Tarikh
24 Mac 2019 ( ISNIN)
Kelas
1 Ihsan
Jumlah Pelajar
12 orang
Masa
7.00 pagi – 9.00 pagi
Tema
Ikhfa Hakiki
Tajuk
Nun Sakinah
Nilai
Menggunakan huruf-huruf ikhfa hakiki dalam bacaan
Standart Kandungan
Mengenalpasti cara menggunakan huruf - huruf hijaiyah dalam bacaan.



Standart pembelajaran

1)      Menyatakan hukum yang akan berlaku jika terdapat  hukum ikhfa hakiki.
2)      Menyenaraikan dua contoh bagaimana kegunaannya dan cara sebutan .
3)      Menerangkan kepentingan menyebut semasa di dalam bacaan.





Objektif Pembelajaan

1)      Menyatakan apakah hukum dan kegunaan hokum ikhfa hakiki
2)      kepentingan  pelajar menguasai hukum sebutan dengung ikhfa hakiki dengan betul dan tiada kesalahan pada pembacaan.
3)      Mengamalkan hukum sebutan semasa membaca al-quran pada setiap masa.








Aktiviti PdP

1)      Murid melihat video mengenai ikhfa hakiki dan cara sebutan .
2)      Murid bersoal jawab dengan guru mengenai kaitan video tersebut.
3)      Murid menyatakan tiga contoh dan cara ikhfa hakiki.
4)      Murid dapat mengenalpasti huruf ikhfa hakiki yang berada di dalam al-quran.
5)      Murid berbincang dengan guru semasa melakukan aktiviti.
6)      Murid di bimbing oleh guru semasa memberi contoh dan jawapan.
7)      Murid mencari contoh ayat di dalam Al-quran dan melakukan aktiviti di dalam buku tulis.


Pengisian kurikulum

Nilai : Menjadi kesalahan berat dan mendapat ganjaran apa bacaan dibaca dengan tepat.
Teori : Kecerdasan pelbagai, konstruktivisme.

Teknik
Perbincangan, Soal jawab, Penerangan, Permainan, Pembelajaran abad ke-21
Bahan Bantu Belajar
Video, gambar,  buku aktiviti
Refleksi
10 daripada 12 orrang pelajar dapat memahami dan menguasai bacaan ikhfa hakiki dengan baik.


LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Set induksi
( 5 minit )


1)      Video tentang ikhfa hakiki.
2)      Contoh hukum ikhfa hakiki.



1)      Guru menunjukkan video bacaan al-quran Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ( Faizul Tajudin ) dalam masa 3 minit.
2)      Guru meminta seorang murid untuk membaca al-quran dalam tempoh masa 2 minit di tempat beliau sendiri.
 1) Murid mendapat gambaran awal tentang tajuk yang akan di pelajari pada hari ini.

2) Murid akan fokus mendengar bacaan dan membuat perbandingan.

Langkah 1
( 15 minit )


1)      Menjelaskan maksud bagi tajuk yang akan dipelajari iaitu hukum nun sakinah iaitu hukum ikhfa hakiki.
2)      Menerangkan huruf-huruf yang berkaitan bagi  hukum ikhfa hakiki.
3)      Menerangkan cara bacaan bagi setiap
hukum ikhfa hakiki.

1)      Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.
2)      Setiap kumpulan diberi tugasan untuk memberikan contoh-contoh ikhfa hakiki.
3)      Guru meminta setiap kumpulan mengeluarkan contoh hokum ikhfa hakiki berdasarkan ayat yang mereka dengar dalam tempoh masa 3 minit.
4)      Guru akan bertanyakan satu kumpulan demi satu kumpulan contoh ayat yang mereka dapat serta terus menghuraikan maksud hukum tersebut dan cara bacaan yang betul.
5)      Murid turut serta menyebut ayat al -quran dengan cara yang betul sepertimana yang disebut oleh guru .

1)      Berlaku  
aktiviti penerangan dan perbincangan antara murid dan guru.     
2)      Murid akan cuba mengingat kembali asas tajwid yang telah dipelajari semasa di sekolah rendah.
3)      Kumpulan yang  diberi dua tajuk adalah kerana huruf yang dibincangkan adalah sedikit.
4)      Murid dapat
memberi tumpuan terhadap tajuk tajuk yang dijelaskan.

Langkah 2
( 20 minit)


1)      Mengingatkan
maksud dan pengertian hukum.
2)      Boleh mengeluarkan hukum nun sakinah dan memberi focus kepada hokum ikhfa hakiki dari al -quran.
3)      Mampu menyebut contoh ayat secara bertajwid dan betul .
4) Mengenali 15  huruf-huruf hijaiyah yang terdapat didalam hokum ikhfa hakiki didalam Al-Quran.

1)      Murid masih berada dalam kumpulan yang sama.  Murid diberi masa selama 4 minit untuk menulis maksud hukum, contoh ayat dan cara bacaan bagi tajuk yang telah diberikan tadi di atas kad manila warna yang disediakan. Tulis mengikut kreativiti ahli kumpulan masing -masing agar ringkasan yang dibuat mudah difahami dan diingati.

2)      Seterusnya murid diminta untuk menampal hasil kreativiti ahli kumpulan mereka di sudut tayangan didalam bilik darjah.

3)      Setiap kumpulan mesti berada di setiap stesen ( kad manila yang dibuat secara berkumpulan) dalam tempoh 3 minit untuk melihat, memahami dan mengingat setiap hukum yang telah dipelajari.

4)      Masa selama 10 minit diambil oleh setiap kumpulan untuk melihat kesemua kad manila yangditampalkan di setiap stesen.
5)      Kumpulan yang telah selesai melalui ke semua stesen diminta untuk berjumpa guru dalam kumpulan untuk sesi soal jawab.

6)      Sesi soal jawab berlaku
dalam tempoh masa 3minit bagi setiap kumpulan.
7)      Guru akan bertanyakan
secara ringkas maksud hukum dan contoh.
8)      Antara panduan soalan yang ditanya ialah:
i.                    Huruf yang berkaitan bagi
hukum.
ii.                  Cara bacaan bagi hukum.
iii.                Berikan satu contoh bagi hukum.


 

9)      Setiap individu dalam kumpulan wajib jawab setiap soalan.

10)  Dalam masa yang sama, guru akan terus dapat menilai pelajar yang faham dan dapat mengamalkan apa yang telah mereka pelajari.


     




Langkah 3
( 15 minit )

 

1)      Menerangkan maksud hukum secara ringkas dan padat.
2)      Menyebut contoh berdasarkan hukum yang telah dipelajari dengan betul.
3)      Menyebut huruf-huruf  yang berkaitan bagi hukum.



1)      Guru menyediakan satu dam gergasi dan dadu.
2)      Guru menyatakan syarat permainan kepada murid dalam tempoh masa 2 minit.
3) Antara syarat permainan ialah :
I. Dam diputarkan terlebih
dahulu dan soalan diberi.
II. Setiap jawapan yang betul, murid akan melangkah ke hadapan berdasarkan number yang terdapat pada dam setelah diputarkan. Contoh number pada dam ialah 5, maka jawapan yang betul 5 langkah ke depan. Setiap jawapan yang salah, murid akan undur ke belakang berdasarkan number dam yang telah diputarkan.



3)      Antara soalan yang
dikemukan kepada murid ialah :
i. Berikan maksud ikhfa hakiki.
ii. Sebutkan huruf-huruf ikhfa hakiki.
iii. Apakah cara bacaan ikhfa hakiki? Dengung atau jelas?
iv. Berikan contoh ikhfa hakiki.
vii. Bagaimanakah cara bacaan ikhfa hakiki? Berikan contoh.
viii. Berapakah huruf ikhfa hakiki? Apakah ia ?


4)      Murid bergerak secara aktif.
5)      Setiap murid memberi jawapan.
6)      Sesi permainan berjalan selama 10 minit.
8) Semua murid mengambil bahagian.








1) Permainan dilakukan untuk melihat hasil dari pembelajaran yang telah dilakukan.
2) Semua murid wajib terlibat dalam aktiviti permainan ini.
3) Murid akan berada dalam keadaan bersedia dan fokus.
4) Soalan diberikan kepada setiap individu murid.
5) Setiap murid mesti menjawab soalan yang diberi.
6) Mewujudkan ketangkasan dan kecekapan murid


Penutup
( 5 minit )


1)      Guru memberi
huraian ringkas sebagai mengulangkaji tajuk yang telah dipelajari dan di praktikkan.

1)      Guru meminta seorang murid secara sukarela untuk menerangkan secara ringkas tajuk yang telah dipelajari dalam tempoh masa tiga minit.

2)      Guru memberikan tugas kepada murid sebagai kerja rumah. Antara tugasan yang diberikan ialah :

Soalan 1) Berikan maksud bagi
setiap hukum nun sakinah dan tanwin.
Soalan 2) Keluarkan 3 contoh bagi hokum ikhfa hakiki yang terdapat dalam surah Ali-Imran.

3)      Guru memaklumkan kepada murid untuk menghantar tugasan dalam kelas mengikut tarikh yang ditetapkan.



1)      Guru dapat menilai pelajar yang benar-benar berani ke hadapan dan dapat menghuraikan apa yang telah dipelajari sebentar tadi.

2)      Tugasan diberi agar murid lebih cekap untuk mengeluarkan hukum dari al – quran serta mengenali setiap hukum bagi ayat-ayat al-quran.
3)      Tugasan ini juga akan membuatkan nurid ingat maksud bagi setiap hukum ikhfa hakiki
4)      Bilaman murid faham dan kenal, maka mereka akan berterusan membaca al-quran secara bertajwid.




Jom kita ingat nama-nama Imam Qiraat yang mashor


Senarai Nama Imam Dan Rawi Qiraat As-Sab”ah
                                  Abu Amr bin Ala
o   ad-Dauri
o   as-Susi
                                  Ibnu Katsir
o   al-Bazzi 
o    Qunbu
        Nafi al-Madani
o   Qalun 
o    Warasy
                                    Ibn Amir asy-Syami
o   Hisyam 
o    Ibn Zakwan
        Ashim al-Kufi
o   Syu'bah 
o    Hafs
                             Hamzah al-Kufi
o   Khalaf 
o   Khalad
         Al-Kisa'i


o   Abdul haris 
o   Hafs ad-Dauri

Link permainan bagi Hukum Ikhfa Hakiki

https://quizizz.com/admin/quiz/5d53966bba06fa001bd1da2f/ikhfa-hakiki